Webinar Kesejahteraan Kendiri “Quit Smoking? Tanya Farmasi! - Ceramah Dah Banyak, Sekarang Nak Cara Real”
16 Ogos 2025 | Aktiviti TerkiniPada 15 Ogos 2025 (Jumaat), seorang peserta dari NADI Sungai Bandung telah menyertai Webinar Kesejahteraan Kendiri yang bertajuk “Quit Smoking Tanya Farmasi! - Ceramah Dah Banyak, Sekarang Nak Cara Real”. Webinar ini telah dianjurkan bagi membantu perokok mencari pendekatan lebih praktikal untuk berhenti merokok.
Webinar ini menekankan langkah tindakan sebenar, termasuk kaunseling farmasi, penggunaan terapi gantian nikotin, serta strategi menguruskan simptom ketagihan. Penceramah menegaskan bahawa berhenti merokok bukan sekadar soal kesedaran, tetapi memerlukan sokongan berterusan dan teknik yang berkesan.
Peserta turut didedahkan kepada peranan farmasi komuniti yang boleh menjadi rakan strategik dalam perjalanan berhenti merokok, melalui khidmat nasihat, pemantauan, dan motivasi berterusan.
Webinar ini merumuskan bahawa usaha berhenti merokok lebih berjaya apabila perokok mendapat bimbingan profesional dan tidak berjuang seorang diri.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: